KEJOHANAN UMP SUPER SERIES I 2009

Sepanjang bulan Mac, UMP akan menganjurkan KEJOHANAN UMP SUPER SERIES 1 2009 untuk semua pelajar yang berminat untuk bermain, beriadah, bersukan selain dapat menonjolkan bakat masing-masing bertempat di KOMPLEKS SUKAN UNIVERSITI.

Kejohanan UMP Super Series adalah kejohanan tahunan yang dianjurkan oleh PUSAT SUKAN UMP dengan kerjasama MSP.

Kejohanan ini merupakan salah satu daripada platform bagi Pusat Sukan membuat pemilihan pemain yang berbakat bagi mewakili UMP dalam kejohanan MASUM 2009.


Oleh itu, semua warga mahasiswa UMP yang mempunyai bakat terpendam dalam diri masing-masing amatlah dialu-alukan untuk menyertai kejohanan ini.
Sijil penyertaan akan diberikan kepada setiap peserta dan hadiah lumayan menanti pemenang...

Antara cabaran
yang dipertandingkan...

1. SUPER NETBALL 3 ON 3
terbuka kepada perempuan sahaja
(3 pemain, seorang simpanan, seorang pengurus)
tarikh: 21 & 22 Mac 09
bayaran: RM10 satu team

2. SUPER SLAM 3 ON 3
terbuka kepada perempuan & lelaki
(3 pemain, seorang simpanan, seorang pengurus)
tarikh: 21 & 22 Mac 09
bayaran: RM10 satu team

3. SUPER 9'S
terbuka kepada lelaki sahaja
tarikh: 21 & 22 Mac 09
*penyertaan telah ditutup

4. SEPAKTAKRAW
terbuka kepada lelaki sahaja
tarikh: 28 & 29 Mac 09
bayaran: RM10 satu team

"Youth of Sports Towards Quality Generation"

No comments:

Post a Comment