Majlis Anugerah Sukan MASUM 2008


masa: 4 april 2009 / 8-11pm
tempat: hotel ms garden

Pada tahun ini, ump telah dipilih sebagai tuan rumah bagi majlis anugerah sukan masum 2008....

semua ahli msp dijemput untuk memeriahkan lagi majlis....

pada malam tersebut, beberapa anugerah telah disampaikan kepada atlet individu dan berpasukan.....

anugerah olahragawan masum 2008 dimenangi oleh robani hassan manakala roslinda samsu ditabalkan sebagai olahragawati masum 2008...

anugerah atlet terbaik universiti - ump diberikan kepada mohd taufik muhamad tahir (silat olahraga) dan bagi kategori wanita pula dimenangi oleh nor fadzillah hanis (taekwondo)


gimik

ucapan daripada dato' nc



Read More...

Sekitar Kejohanan Super Series

super slam 3on3

super netball 3on3

super 9's

Read More...

Nak join UMP SUPER SERIES??

Berikut adalah 3 cara mudah untuk menyertai KEJOHANAN UMP SUPER SERIES I 2009, anda hanya perlu pilih:

1. Dapatkan borang penyertaan serta syarat-syarat di Pejabat Pusat Sukan,Kompleks Sukan Universiti

2. Datang ke kaunter kami di Payung Putih. Kami daripada pihak MSP akan membuka kaunter pada (12,13,14,16,17,18 & 19 MAC) 9 malam untuk isi borang penyertaan (maklumat & nama ahli kumpulan), pembayaran dan untuk penjelasan yang lebih lanjut bolehlah dutujukan kepada wakil urusetia yang bertugas...

3. Balas memo yang berkaitan dengan kejohanan ini yang dihantar oleh pihak MSP (Saudari Dayang Zaimah Binti Mawi).

Jangan buang masa, daftarlah sekarang!!
Borang penyertaan adalah terhad
Bagi setiap acara, hanya 16 pasukan yang akan bertanding
Jadi jangan sia-siakan peluang ini....

Sebarang pertanyaan sila hubungi:
skype: dyzymah

*penyertaan untuk Super 9's (Bolasepak 9 sebelah) telah ditutup

"Youth of Sports Towards Quality Generation"

Read More...

KEJOHANAN UMP SUPER SERIES I 2009

Sepanjang bulan Mac, UMP akan menganjurkan KEJOHANAN UMP SUPER SERIES 1 2009 untuk semua pelajar yang berminat untuk bermain, beriadah, bersukan selain dapat menonjolkan bakat masing-masing bertempat di KOMPLEKS SUKAN UNIVERSITI.

Kejohanan UMP Super Series adalah kejohanan tahunan yang dianjurkan oleh PUSAT SUKAN UMP dengan kerjasama MSP.

Kejohanan ini merupakan salah satu daripada platform bagi Pusat Sukan membuat pemilihan pemain yang berbakat bagi mewakili UMP dalam kejohanan MASUM 2009.


Oleh itu, semua warga mahasiswa UMP yang mempunyai bakat terpendam dalam diri masing-masing amatlah dialu-alukan untuk menyertai kejohanan ini.
Sijil penyertaan akan diberikan kepada setiap peserta dan hadiah lumayan menanti pemenang...

Antara cabaran
yang dipertandingkan...

1. SUPER NETBALL 3 ON 3
terbuka kepada perempuan sahaja
(3 pemain, seorang simpanan, seorang pengurus)
tarikh: 21 & 22 Mac 09
bayaran: RM10 satu team

2. SUPER SLAM 3 ON 3
terbuka kepada perempuan & lelaki
(3 pemain, seorang simpanan, seorang pengurus)
tarikh: 21 & 22 Mac 09
bayaran: RM10 satu team

3. SUPER 9'S
terbuka kepada lelaki sahaja
tarikh: 21 & 22 Mac 09
*penyertaan telah ditutup

4. SEPAKTAKRAW
terbuka kepada lelaki sahaja
tarikh: 28 & 29 Mac 09
bayaran: RM10 satu team

"Youth of Sports Towards Quality Generation"

Read More...

Under Construction

Selamat datang ke blog rasmi Majlis Sukan Pelajar UMP (MSP).

Objektif blog ini dilancarkan adalah bagi menjelaskan tugas2 msp khususnya kepada pelajar2 ump dan juga memberi info terkini tentang aktiviti2 yang dijalankan oleh pihak msp.

Sebarang komen @ cadangan untuk memajukan sukan di ump, sila drop di chat box sebelah-->

*Harap maaf, blog ini masih dalam peringkat percubaan...

"Youth of Sports Towards Quality Generation"

Read More...